SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG UNIT PENGURUSAN SEKOLAH, PPD HULU TERENGGANU

Unit Menengah

URUSAN PERTUKARAN DAN PENEMPATAN MURID SEKOLAH MENENGAH


DOKUMEN URUSAN
PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PIHAK SEKOLAH PROSES DAN KEMUKAKAN KEPADA PPD/JPN


1.  Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual iii (diisi pihak sekolah)
2.  Salinan surat beranak
3.  Salinan kad pengenalan murid
4.  Salinan kad pengenalan ibubapa/penjaga murid
5.  Salinan surat nikah/perakuan Pendaftaran Perkahwinan ibubapa
6.  Salinan perintah mahkamah tentang hak penjagaan, jika ibu bapa bercerai/berpisah
7.  Surat Daftar Anak Angkat mengikut Seksyen 25 Akta Pengangkatan 1952 (jika anak angkat) 

Dokumen Tambahan : 

1.       Laporan Disiplin pelajar jika pelajar ini mempunyai masalah disiplin
2.       Laporan kaunseling jika pelajar ini pernah dirujuk ke Kaunselor (sekiranya pelajar ini tidak ada kaitan dengan para 1 dan 2 di atas, sila nyatakan pelajar ini tidak ada masalah disiplin/kaunseling, laporan tidak perlu disediakan) 

Nota :

1.       Empat salinan dihantar ke PPD/JPN yang berkenaan untuk mendapat kelulusan dan satu salinan untuk simpanan    sekolah.
2.       Bagi sekolah menengah, sila nyatakan mata pelajaran elektif untuk PMR/pakej SPM dalam lampiran beraaingan
3.       Bagi calon PTS/UPSR/PMR/SPM/STPM, sila pastikan permohonan pertukaran pusat peperiksaan diuruskan. 


DOKUMEN URUSAN
PERMOHONAN KEMASUKAN MURID (SEKOLAH AGAMA/SEKOLAH PERSENDIRIAN/MOHON BELAJAR SEMULA) KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN/BANTUAN KERAJAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (ASBS) .

1.  Dua salinan Borang ASBS
2.  Satu salinan surat beranak
3.  Satu salinan kad pengenalan pelajar
4.  Satu salinan surat berhenti sekolah rendah/menengah
5.  Satu salinan keputusan peperiksaan PMR dan UPSR
6.  Satu salinan surat nikah ibu bapa
7.  Salinan perintah mahkamah tentang hak penjagaan, jika ibu bapa bercerai/berpisah (jika berkenaan)
8.  Salinan surat daftar  anak angkat (jika berkenaan)

Nota :
Pelajar dikehendaki hadir ke JPN/PPD semasa permohonan dengan berpakaian lengkap seragam sekolah 


DOKUMEN URUSAN
PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN EMPAT DARIPADA CALON-CALON PERSENDIRIAN/SWASTA  KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN/BANTUAN KERAJAAN 

1.  Salinan Borang M
2.  Salinan surat beranak
3.  Salinan kad pengenalan pelajar
4.  Salinan keputusan peperiksaan PMR dan UPSR
5.  Salinan kad pengenalan ibu bapa murid
6.  Salinan perintah mahkamah tentang hak penjagaan, jika ibu bapa bercerai/berpisah (jika berkenaan)
7.  Salinan surat daftar  anak angkat (jika berkenaan) 

Nota :
Pelajar dikehendaki hadir ke JPN/PPD semasa permohonan dengan berpakaian lengkap seragam sekolah. Tarikh tutup permohonan adalah tiga (3) minggu selepas keputusan PMR tahun semasa.